Me + My Love = My Everything

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hi, just an intro, aku Ckb. Nak panggil Ck pun boleh B pun boleh. Apa2 yang korang selesa. Yang penting panggil nama aku. Aku asal Kuala Terengganu. Mmg anak jati Terengganu. Mak ayah aku pun asal Terengganu. Sekolah pun kat Terengganu cuma Universiti je aku keluar dari Terengganu skejap. Aku belajar kat Johor. Alhamdulillah nikah pun dgn orang Terengganu. Skarang pun kerja di Kuala Terengganu. Ahahaha kau rasa??


Inilah kami. Anak aku tu dah 12tahun dah tahun ni. Dah besar dah anakanda E. Dahlah UPSR pun di mansuhkan terus dah tahun ni. Seronok betul dia bila diumumkan pasal UPSR tu. Masalahnya aku yang susah hati sebabnya tahun lepas setahun dia ketinggalan sebab Covid19, tup2 tahun ni masih lagi tak selesai isu Covid ni. Tahun ni pun mcm tak berapa nak belajar mane pun. Cikgu sekolah dia mcm relax je. Ntahlah... Berbeza betul cikgu2 sekarang dgn cikgu2 kita dulu kan? Kalo dulu, cikgu yang susah ati bila student tak paham2, skarang cikgu tak kisah pun. Yang terkebelakang dibiarkan je di belakang. Fokus mane yang boleh harumkan nama sekolah je. Hmmm... tapi cikgu2 ni tak boleh nak tegur sangat, nanti dia tak kisah terus anak2 kita ni. Ooppssss

Husband aku, S, pulak pemalu sket orangnya. Jarang sangat dia masuk gambar. Kadang2 masuk gambar pun jarang boleh nampak dia senyum. Geram juga rasanya kalo aku nak amik gambar kenangan, dia buat2 tak tgk camera lah, tak senyum lah. Hmmm sabo ajela. Tu gambar tu antara yang terpilih dah tu. Kalo tak, gambarnya sekadar nampak muka je. 🤣

So, inilah keluarga kecil aku. Aku cuba berblogging sebab nk buat video aku tak reti. Hihihi kalau ada tersalah kat mana2 mohon tegur ye. Love you

Comments

Popular posts from this blog

Jaga Hati, Jaga Diri

Tak kenal maka tak cinta